HomeUtamaPimpinan sekolah perlu pacu kreativiti, inovasi dalam proses PdP

Pimpinan sekolah perlu pacu kreativiti, inovasi dalam proses PdP

Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU : Kepimpinan sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara berterusan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, pengalaman PdP  semasa pendemik menyebabkan para guru perlu berganjak daripada pendekatan ‘model kilang penghasilan pendidikan’ kepada model penciptaan PdP yang merangsang minda.

Katanya, model penciptaan itu juga akan menguji daya kreativiti dan inovasi yang mencungkil keupayaan menyelesaikan masalah dan yang mengasahkan ketajaman penaakulan melalui bantuan pelbagai teknologi yang ada pada masa kini.

“Begitu juga dalam pengurusan sekolah, tahniah dan syabas kepada pihak sekolah muncul dengan idea dan inovasi aplikasi SMART ICT dalam Big Data & Dashboard (BDD) Li.S.S Number 1 bagi mengimplementasikan penggunaan e-kehadiran, e-Disiplin, dan e-Tandas untuk memudahkan pengurusan semasa waktu persekolahan oleh seluruh warga sekolah.

“Integrasi teknologi maklumat dalam urusan seharian persekolahan dan pentadbiran sekolah, jelas membawa banyak faedah dalam kecekapan pengurusan sekolah amnya dan pembentukan kemenjadian murid yang lebih menyeluruh amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kecemerlangan dan Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas tahun 2021 di sini hari ini.

Yakub berkata, pihaknya melihat inovasi BDD yang dilaksanakan itu mampu menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain kearah pembudayaan digital. 

Katanya, dengan penjenamaan sekolah ‘Li.S.S Nomber 1 : Focus, Educate, Change, Result’ diharap akan dapat menjadi dorongan dan pegangan warga sekolah untuk bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melangkah ke hadapan.

“Seterusnya mencapai misinya melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, pihaknya percaya sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang dilaksanakan itu adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

“Sesungguhnya sasaran membawa negara mencapai Standard Pendidikan yang Berkualiti di peringkat antarabangsa, ianya perlu ada kerjasama daripada semua pihak.

“Justeru, dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SMK Likas lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar, agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini.

“Saya percaya, hubungan rapat dan mesra antara pihak sekolah dan ibu bapa ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular