HomeUtamaEksesais Satria Perkasa di Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan

Eksesais Satria Perkasa di Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan

Read Time:30 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Markas 5 Divisyen memaklumkan bahawa Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) akan melaksanakan Eksesais Satria Perkasa selama 10 hari bermula hari ini. 

Markas Lima Divisyen menerusi kenyataan memaklumkan eksesais berkenaan melibatkan kawasan sekitar Keningau, Nabawan, Sapulut dan Kalabakan.

Sehubungan itu, orang ramai dimaklumkan supaya tidak cemas dan risau sekiranya menemukan kehadiran anggota tentera ketika eksesais itu berlangsung.

“Eksesais ini konsep Field Training Exercise (FTX) bertujuan bagi meningkatkan tahap profesional dalam melaksanakan latihan ketenteraan bagi mejaga kedaulatan negara.

“Sepanjang eksesais berlangsung akan melibatkan penggunaan aset-aset ketenteraan Tentara Darat Malaysia,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya