Tun Samy Vellu meninggal dunia

Read Time:35 Second

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Difahamkan bekas Menteri Kerja Raya itu meninggal dunia pada usia 86 tahun kira-kira jam 8 pagi di kediamannya di Jalan Ipoh di sini.

Berita itu turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramanian yang juga bekas Presiden MIC dalam akaun peribadi Facebook miliknya di sini hari ini.

“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari,” katanya.

Dalam pada itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.