KOTA KINABALU: Struktur bangunan tidak kukuh menyebabkan kejadian bumbung lot kedai runtuh di Taman Land Breeze, Luyang dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisiner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.25 pagi tadi (17 Sept) dari Balai Polis Luyang mengatakan pihak bomba minta bantuan kehadiran pihak polis dilokasi kejadian.
“Pasukan polis tiba di lokasi kejadian mendapati bumbung satu lot kedai telah runtuh.
“Hasil pemantauan pihak bomba terdapat bumbung lapan kedai dalam 1 lot bangunan tersebut telah runtuh disebabkan bumbung bangunan tersebut tidak kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa di laporkan dan hanya satu kenderaan sahaja iaitu jenis Isuzu DMax terlibat cermin bahagian hadapan retak kerana terkena jatuhan serpihan batu konkrit bangunan tersebut.
“Pihak bomba telah menasihatkan penghuni di bangunan tersebut supaya lebih berhati-hati,” katanya.