HomeUtamaKePKAS meneliti pembangunan aktiviti pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar

KePKAS meneliti pembangunan aktiviti pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan meneliti pembangunan aktiviti pelancongan berasaskan konservasi hidupan liar di Telupid.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin yakin ia bukan saja mampu menjadi tarikan kepada pelancong asing dan domestik ke daerah ini tetapi juga memberi pulangan ekonomi khususnya kepada komuniti setempat.

“Bagi memastikan pelancongan berasaskan hidupan liar dapat direalisasikan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menyelesaikan konflik manusia-gajah,” katanya ketika hadir dalam satu sesi taklimat Mitigasi konflik gajah di Telupid baru-baru ini.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk, keperluan untuk memasang pagar letrik sepanjang 1.7 kilometer bagi mengurangkan masalah gangguan gajah.

Ekoran tular kejadian gajah yang masuk ke kawasan kampung di Telupid baru-baru ini, Jabatan Hidupan Liar (JHL) dibantu Community Elephant Ranger Team (CERT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain bekerjasama dalam usaha translokasi gajah terbabit.

Sehingga kini, usaha yang telah dijalankan bagi mengurangkan masalah gangguan gajah di kawasan Telupid adalah pemasangan pagar letrik sepanjang 3 kilometer di Kampung Bauto manakala 2.9 kilometer di Kampung Gambaron.

Atas usaha itu, sepanjang tahun akhir 2019 sehingga awal tahun ini tiada kumpulan gajah melepasi kawasan yang telah dipasang dengan pagar letrik.

Walau bagaimanapun, awal tahun 2022 didapati gajah telah melepasi kawasan pagar letrik disebabkan pagar letrik terbabit tidak berfungsi kerana unit panel solar telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, beliau memohon kerjasama semua pihak agar tidak sesuka hati mencuri harta benda yang boleh menyebabkan seluruh pagar letrik gagal untuk berfungsi sehingga mendatangkan masalah lebih besar khususnya kepada masyarakat setempat apabila gajah ini terlepas daripada kawasan yang telah dipagar.

Sehubungan dengan itu, beliau turut meminta agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan dana tahunan khas bagi menampung kos operasi dan menyelenggara pagar letrik sedia ada.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular