Pilihanraya Umum ke-15 semakin hampir – PM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) semakin menghampiri.

Ismail Sabri berkata, beliau bersama presiden UMNO dan barisan “Top Five” UMNO akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.

“Kita hampir kepada PRU15, namun bila tarikhnya hanya saya dan presiden yang tahu. Sikit lagi. Saya mendengar dengan jelas suara Top Five dan insyallah dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk berbincang.

“Yang penting apabila parlimen dibubarkan dan PRU15 diakan kita mesti menang. Itu yang paling penting. Kalau PRU15 diadakan dan kita tidak mampu kuasai kerusi kita akan kembali seperti PRU lepas. Insyaallah presiden kita bincang cepat-cepat,” katanya menerusi ucapan di Pelancaran Jentera Pemuda BN, di stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Presidien MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu mengingatkan perang PRU15 kali ini berbeza daripada sebelum ini.

Justeru itu, beliau tidak mahu barisan jentera pemuda hanya mampu memasang bendera tetapi menguasai perang secara maya menerusi media sosial.

“Kita mahu lebih lagi. Perang hari ini perang secara maya. Lebih bahaya daripada perang fizikal. Setiap hri pembangkang menggunakan media sosial menyerang kita, jadi tugas kita untuk mematahkan serangan itu,” ujar Ismail Sabri.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mengumumkan pelbagai insentif untuk golongan muda seperti peranti siswa kepada pelajar cemerlang daripada golongan B40, pengecualian bayaran balik PTPTN dan sebagainya.

Ini merupakan contoh jelas bahawa kerajaan prihatin terhadap golongan muda.

Tambah beliau, kemudahan ini perlu dimanfaatkan untuk menarik golongan muda untuk mengundi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *