HomeSukanSUKMA XX : Emas 800m, 4x100m wanita milik Sabah

SUKMA XX : Emas 800m, 4x100m wanita milik Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga Sabah berjaya melepasi sasaran lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 yang berlangsung pada hari ini.

Atlet Kebangsaan AndreAnura @ Anuar memulakan kutipan emas menerusi acara lompat kijang lelaki untuk emas keempat sebelum sasaran lima emas dikotakan menerusi Hizillawanty Jamain dalam acara 800m petang tadi.

Hizillawanty melakukan larian emas dengan catatan 2:12.83s meninggalkan pingat perak dan gangsa untuk pelari Johor, Geetha Sivaraja (2:14.36s) dan Padhmaloshini Jayaseelan (2:14.09s).

Turut menyaksikan kejayaan skuad olahraga itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Alfred Angin, Chef de Mission, Mansur Asun yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah), Mohd Asneh Mohd Noor.

Kehadiran mereka tidak sia-sia malah terus diceriakan apabila turut menyaksikan kuartet wanita Sabah muncul paling laju dalam acara akhir 4x100m untuk emas keenam skuad olahraga.

Kuartet yang dianggatoi Patronella Lisong, Feova Lim Yi Fei, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas dan Nur Aishah Rofina Aling mencatat kepantasan 46.84s.

Pingat perak dimenangi kuartet Terengganu (47.42s) manakala gangsa milik Pahang (47.89s).

Ia adalah emas kedua peribadi Chelsea selepas turut menyumbangkan pingat emas acara 400m kelmarin.

Sabah turut meraih pingat perak dalam acara 5000m wanita menerusi Marlin Hing William dengan catatan 19:24.33s.

Pingat emas milik Puspa Letchumy Jaintheran (Johor: 18:56.03s) manakala gangsa dimenangi Margreat Mary Johnson (Perak: 19:24.92s).

Keseluruhannya selepas tiga hari pertandingan acara olahraga, Sabah meraih enam pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Acara sukan olahraga akan melabuhkan tirai pertandingan dengan tawaran 13 pingat emas lagi esok.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular