HomeSukanSUKMA XX : Sabah di landasan baik buru sasaran 40 emas

SUKMA XX : Sabah di landasan baik buru sasaran 40 emas

Read Time:1 Minute, 46 Second

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad wushu, karate dan olahraga yang berjaya melepasi sasaran pingat meletakkan Sabah berada di landasan baik untuk memburu sasaran 40 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 pada kali ini.

Sehingga jam 7.30 malam semalam, Sabah sudah mengumpul 11 pingat emas, tujuh perak dan 10 gangsa untuk berada di kedudukan kedua.

Carta kutipan pingat didahului kontinjen Johor dengan 18 pingat emas, 14 perak dan enam gangsa.

Turut bersaing dalam kelompok lima teratas ialah kontinjen Terengganu (10 emas, sembilan perak dan lima gangsa), Melaka (sembilan emas, tujuh perak dan enam gangsa) serta Pulau Pinang (tujuh emas, enam perak dan 12 gangsa).

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin bersama Pembantu Menteri Andy Suryady serta kepimpinan KBS Sabah turut serta dalam majlis perasmian semalam

Skuad wushu yang tidak disasarkan sebarang pingat emas menamatkan cabaran dengan dua emas, dua perak dan satu gangsa iaitu pencapaian yang meletakkan mereka dikedudukan ketiga terbaik di kalangan 15 pasukan dalam sukan itu.

Skuad karate pula melepasi sasaran dua pingat emas dengan pencapaian tiga pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa sekaligus meletakkan mereka selaku skuad terbaik dalam sukan itu.

Sukan olahraga hanya akan berakhir pada hari ini tetapi skuad Sabah sudah melepasi sasaran lima emas semalam dengan kutipan enam pingat emas disamping tiga perak dan dua gangsa.

Sabah juga mendahului kutipan pingat dalam olahraga setakat semalam tetapi masih berbaki 13 pingat emas ditawarkan pada hari terakhir hari ini.

Turut menawarkan pingat emas hari ini ialah acara boling (dua emas), kenu (enam emas), berbasikal (dua emas), gimnastik artistik (due emas) dan menembak (enam emas).

Sukan terbesar negara itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi dan dijadualkan berakhir pada 24 September.

Keseluruhannya, sukan melibatkan penyertaan 15 pasukan itu menawarkan 426 pingat emas daripada 31 jenis sukan yang dipertandingkan.

Sambil itu, cabaran pasukan bola sepak Sabah berakhir di peringkat Kumpulan C apabila tumpas 0-2 ditangan Kelantan hari ini untuk hanya mengutip satu mata dari keputusan seri 2-2 dengan Terengganu pada 13 September lalu.

Kelantan mengiringi Terengganu mewakili Kumpulan C ke suku akhir. Terengganu sebelum ini menang 2-0 ke atas Kelantan.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular