HomeSukanIndonesia menang Piala SMJ 2022

Indonesia menang Piala SMJ 2022

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Indonesia menewaskan Sabah 5-0 untuk memenangi Piala SMJ 2022 pada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka Sabah yang julung kali diadakan di Stadium Likas dekat sini malam tadi.

Temasya kejohanan sempena Hari Malaysia itu berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 September adalah anjuran bersama Jabatan Ketua Menteri dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan pembukaan dan majlis penutup kejohanan tersebut.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan hadiah dan trofi kepada para pemenang.

Turut hadir ialah Mehteri Tugas-tugas Khas Datuk Arifin Arif, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Limus Juri dan pengerusi penganjur majlis perasmian Datuk Juil Nuatim.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular