HomeUtamaDBKK adakan perbincangan bersama dengan pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning)

DBKK adakan perbincangan bersama dengan pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning)

Read Time:2 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) komited dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul berkaitan dengan isu perpindahan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) di Jalan Padang, Kota Kinabalu ke bangunan KK Sentral di sini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, pihak DBKK amat prihatin terhadap isu berkenaan, kami telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha-pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning) untuk mengadakan perbincangan semula dengan pihak kami.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk.Noorliza Awang Alip bersama beberapa Pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuming) mengadakan tinjauan di KK Sentral pagi tadi.

“Kami telah mengadakan perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning) semalam dan telah mendengar isu-isu mengenai operasi perpindahan itu.

“Jadi tujuan saya membuat tinjuan hari ini bersama-sama beberapa pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning) adalah untuk melihat sendiri kemudahan-kemudahan yang ada di KK Sentral, mana yang perlu penambahbaikan dan sebagainya.

“Dalam masa yang sama juga kami akan ada satu perbincangan susulan lagi mengikut laluan dan kategori untuk mendapat keputusan bersama,” katanya pada sidang media semasa meninjau isu-isu permasalahan yang dibangkitkan oleh pengusaha-pengusaha Kereta Sewa (Atap Kuning) di terminal baharu KK Sentral di sini hari ini.

Noorliza turut menjelaskan bahawa perjumpaan yang diadakan antara kedua belah pihak semalam adalah mencari fakta, isu-isu dan seterusnya dibincangkan bersama.

“Daripada awal saya memantau perkara ini, hari ini saya bersama-sama meninjau kemudahan-kemudahan di KK Sentral supaya tiada salah faham antara pihak DBKK dan mereka (pengusaha kereta sewa atap kuning).

“Walaupun sebelum ini kami ada berbincang dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, saya mempengerusikannya, itu adalah ketetapan-ketetapan bersama agensi-agensi penguatkuasa lain. Namun bila ada keluh kesah sebegini wajarnya kami mendengar dan meneliti balik, in sha Allah selepas tindakan semalam dan hari ini, ada persetujuan bersama antara kami,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie dalam kenyataannya berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kota Kinabalu yang telah diadakan pada 3 Jun 2022 telah bersetuju ke atas syor Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah untuk memindahkan operasi Kereta Sewa (Atap Kuning) di Jalan Padang ke bangunan KK Sentral bagi menyediakan sistem pengurusan
pengusaha dan penumpang kereta sewa (atap kuning) yang lebih teratur dan terancang di bandar raya Kota Kinabalu.

“Keputusan ini juga diambil dengan mengambil kira keadaan sedia ada kawasan parkir di Jalan Padang yang panas dan kurang kemudahan berbanding dengan bangunan KK Sentral yang menyediakan prasarana dan kemudahan lebih baik dan selesa untuk pengusaha dan penumpang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

MASwings raikan kegembiraan Krismas bersama penumpang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular