HomeUtama106 murid terima sumbangan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat

106 murid terima sumbangan bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Bank Rakyat menyerahkan sumbangan bantuan persekolahan kepada 106 orang murid serta pelajar sekitar Tanjung Aru dan Sembulan di sini hari ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat Jeffery Nor Mohamed berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah menerusi Program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat.

“Program ini akan dikembangkan ke daerah lain dalam masa terdekat, kini ianya dimulakan di Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru. Pada hari ini, seramai 106 murid dan pelajar dari DUN Tanjung Aru akan menerima bantuan ini.

“Program ini akan diteruskan ke DUN Petagas pada hujung minggu ini dan kemudian ke DUN Tanjung Keramat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat Mukim Tanjung Aru, di sini hari ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Reduan Aklee.

Terdahulu ketika berucap, Jeffery berkata, program seumpama itu sebelum ini telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya.

Katanya,program yang diadakan di sekolah berkenaan telah memberikan bayaran yuran kepada guru untuk melaksanakan kelas tuisyen serta bantuan makanan kepada pelajar.

“Justeru itu, saya mahu semua pelajar dan murid di kawasan Parlimen Putatan cemerlang pada masa hadapan, seterusnya mampu menyara keluarga masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Reduan Aklee berkata, pihaknya berterima kasih kepada Bank Rakyat yang sentiasa prihatin kepada masyarakat memerlukan.

“Di sini, tanpa mengira latar belakang, semua yang layak mendapat bantuan akan menerima sumbangan sewajarnya, tiada ditinggalkan.

“Oleh itu, program seumpama ini wajar diteruskan di masa hadapan agar lebih ramai penerima yang layak boleh menikmati bantuan berkenaan,” katanya.

Reduan berkata, beliau memberi jaminan bahawa pihaknya akan sentiasa menganjurkan program bermanfaat kepada rakyat.

“Sebelum ini kita juga telah menjayakan Program Keusahawanan dan Koperasi, usaha seumpamanya tidak akan terhenti malah akan diteruskan pada masa hadapan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya