HomeUtamaKapal Nelayan buang sampah di pesisir laut di kompoun

Kapal Nelayan buang sampah di pesisir laut di kompoun

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat kapal nelayan telah dikompaun dengan kadar maksima RM500 di bawah Undang-undang KeciI Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap), 1983 Pindaan 2005 kerana telah membuang sampah dari kapal ke laut.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, perlakuan kapal nelayan itu telah dirakam oleh seorang individu yang sudi tampil menjadi saksi.

“Pihak syarikat berkenaan akur dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja mereka dan menjelaskan kompaun yang dikenakan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorliza berkata, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) seringkali menerima aduan berkaitan pembuangan sampah ke laut dari kapal-kapal nelayan dan akan menggiatkan operasi intipan dan risikan.

Beliau turut menasihatkan para pemilik kapal nelayan agar sentiasa mengingatkan dan memantau para pekerja mereka agar tidak membuang sampah ke laut dengan sewenang-wenangnya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular