Jamilah terima Anugerah Saidatina Khadijah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag menyampaikan Anugerah Saidatina Khadijah kepada Catherine Samuel @ Hajah Jamilah Abdullah, pada Program Anjung Mutiara sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Isnin.

Jamilah, anak kelahiran Papar yang juga ahli perniagaan terkenal di Sabah itu turut menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM15,000, menerusi anugerah berkenaan.

Antara objektif program ini adalah menjadikannya sebagai wadah untuk membudayakan ilmu pengetahuan dan penyuntik kesedaran serta penghayatan.terhadap nilai-nilai keagamaan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *