HomeUtamaAzam Baki antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat TYT Sabah

Azam Baki antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Illiyas Ibrahim menjadi antara 1,407 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-69 esok.

Azam bakal mendahului senarai enam penerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Lima individu lain yang turut menerima anugerah SPDK ialah Timbalan Ketua Menteri III Datuk Dr Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya; veteran politik Datuk Mohammad Noor Mohammad Mansoor; Datuk Illiyas Ibrahim dan bekas Pengerusi Shell Malaysia Dato Sri Lim Haw Kuang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Gapari Katingan @ Geoffrey Kitingan bakal menerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) bersama lapan lagi penerima termasuk Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Hendrus Anding.

Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa (kiri) dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah

Sementara itu, seramai 81 individu akan menerima anugerah kedua tertinggi, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah dan Panglima keempat Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Mejar Jeneral abdul Rahman A Wahab.

Turut dianugerahkan PGDK, Pembantu Menteri Kewangan II Jasnih Daya; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Mohamad Hamsan Awang Supain; Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Harun Durabi dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy.

Selain itu turut dianugerahkan PGDK adalah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Flovia Ng; Ahli Dewan Negara Senator Judiet Fidilis @ Noraini Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan.

Selain itu, seramai 131 individu akan menerima anugerah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); Ahli Darjah Kinabalu (246), Bintang Setia Kinabalu (319), Bintang Kinabalu (393) dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (222).

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya