Read Time:29 Second
KOTA KINABALU : Orang ramai sekitar Bandaraya Kota Kinabalu adalah dipelawa untuk hadir ke Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin esok.
Sebanyak 58 buah kontinjen akan menyertai Pertandingan Berjalan Lalu sempena sambutan yang akan diadakan di Padang Merdeka.
Antara yang menarik ialah persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan 17 das tembakan meriam oleh Rejimen ke-6 Artileri Diraja.
Hadir dalam raptai semalam ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.