HomeIsu tempatanSandakan jadi tuan rumah sambutan Maulidur Rasul negeri Sabah

Sandakan jadi tuan rumah sambutan Maulidur Rasul negeri Sabah

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sabah 1443H/2022 akan diadakan bertempat di daerah Sandakan pada 9 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul berkata, sambutan tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

“Kita menjangkakan kira-kira 5,000 umat Islam akan menyertai sambutan ini yang diadakan bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

“Antara pengisian sambutan adalah majlis bacaan yasin, tahlil dan doa akan diadakan di Masjid Daerah Sandakan, disusuli pertandingan sepanduk dan perarakan yang disertai Tun Juhar serta barisan kepimpinan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Saifulzaman berkata, selain itu, beberapa program lain juga akan diadakan antaranya forum keagamaan, ziarah asnaf dan ziarah marhaban.

Hadir sama Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pejabat Masjid, Wilayah dan Daerah (Jheains), Awang Juri Awang Tahir dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya