HomeUtamaEjen kosmetik diculik 3 lelaki bersenjata berjaya diselamatkan di Thailand -PDRM

Ejen kosmetik diculik 3 lelaki bersenjata berjaya diselamatkan di Thailand -PDRM

Read Time:1 Minute, 26 Second

CYBERJAYA — Ejen jualan kosmetik wanita yang dilarikan tiga lelaki bersenjata dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, 13 Sept lalu berjaya diselamatkan hari ini.

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Rosnazirah Mohd Naim, 36, ditemui di sebuah lokasi di Thailand hasil hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa negara itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenalpasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Acryl Sani berkata, susulan itu, tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 4.10 petang, Rosnazirah dilarikan tiga lelaki tidak dikenali di kediamannya pada 13 Sept lalu.

Tiga suspek dikatakan datang ke rumahnya sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.

Suspek kemudian bertanya mangsa adakah dia bernama Azi sebelum menarik wanita itu.

Suspek turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan.

Susulan kejadian itu, polis Kelantan mengesyaki penculikan Rosnazirah ada kaitan dengan sindiket dadah, kerana siasatan mendapati, keluarga terdekat kepada wanita terbabit berkait rapat dengan sindiket itu.

Polis kemudian menahan suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan bersama dua individu termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan juga mendapati, mangsa mengenali suspek yang menculiknya dan semakan mendapati suami mangsa mempunyai dua rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi suspek lelaki, mempunyai tujuh rekod lampau.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular