HomeIsu tempatanPolis siasat, dakwaan lelaki mencurigakan ceroboh kawasan sekolah

Polis siasat, dakwaan lelaki mencurigakan ceroboh kawasan sekolah

Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang lelaki tidak dikenali dan mencurigakan dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam kawasan salah sebuah sekolah rendah di Inanam dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, beliau mengesahkan pihak polis telah menerima laporan berkenaan seorang suspek lelaki yang tidak dikenali serta mencurigakan telah menceroboh masuk ke dalam kawasan sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Laut dalam dua kejadian berlaku pada 26 September dan 27 September lalu.

Katanya, menurut aduan yang diterima dari sekolah berkenaan, pada 26 September 2022, seorang murid perempuan Tahun 4 pergi ke tandas dan melihat suspek tersebut berada di dalam tandas lalu menghulur gula-gula kepadanya serta menyuruhnya memakan gula-gula yang diberi tetapi murid itu tidak mahu memakannya.

“Manakala pada 27 September 2022 suspek tersebut kelihatan berada di tangga surau dan seorang lagi murid lelaki ternampak suspek tersebut ketika hendak ke tandas berada di kawasan tandas lelaki dan lari di belakang kawasan tandas,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, susulan dari beberapa kejadian itu, pihak polis dipanggil ke sekolah tersebut untuk menyiasat kehadiran lelaki itu dan laporan polis telah dibuat oleh guru sekolah berkenaan di Balai Polis Inanam. Kes disiasat di bawah Seksyen 447 – Pencerobohan Jenayah.

“Sehingga kini, suspek belum dikenalpasti, namun pihak polis dari anggota Balai Polis Inanam dan unit kereta peronda (MPV) bertindak meningkatkan rondaan di sekolah tersebut dan sekolah-sekolah berdekatan sekitar Inanam,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya