HomeUtamaPesawat terbang rendah sempena TACOP

Pesawat terbang rendah sempena TACOP

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Tactical Operation (TACOP) Siri 2/22 yang bermula esok sehingga 8 Oktober ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang latihan, pesawat-pesawat milik TUDM akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal secara rendah.

Antara kawasan terlibat dengan latihan itu adalah di kawasan sekitar Daerah Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pelaksanaan latihan ini adalah bertujuan untuk menguji serta memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah yang dapat disaksikan di beberapa kawasan yang telah dinyatakan di atas,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas individu, syarikat gagal selesaikan tunggakan bayar cukai, kompaun –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya