HomeUtamaRumah Mesra SMJ diagih ke semua 73 kawasan DUN Sabah termasuk kawasan...

Rumah Mesra SMJ diagih ke semua 73 kawasan DUN Sabah termasuk kawasan dipimpin pihak pembangkang – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh HANAFI ALI dan NORMIMIE DIUN Video YUSOF MOHAMAD

KOTA KINABALU: Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah salah satu insiatif Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS – BN) yang prihatin untuk memberikan keselesaan rumah kediaman golongan sasar iaitu miskin dan miskin tegar di negeri ini.

https://youtu.be/_iuPkhWhkPY

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya berkata, program perumahan SMJ ini termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipimpin oleh pihak pembangkang turut mendapat 20 unit Rumah Mesra SMJ di kawasan masing-masing untuk diagihkan kepada penduduk dalam golongan sasar yang dikenalpasti.

“Ini adalah merupakan bukti kerajaan GRS-BN prihatin dan adil dalam menyediakan kemudahan ataupun kebaikan kepada rakyat untuk dimanfaatkan, kita tidak mengira perbezaan ideologi politik yang penting kumpulan sasar yang dikenal pasti di bantu,” katanya.

Menurut Shahelmey, Rumah Mesra SMJ yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu lalu adalah satu inisiatif kerajaan GRS-BN untuk membantu golongan sasar iaitu golongan miskin di seluruh negeri Sabah untuk mendapat keselesaan dengan adanya sebuah rumah yang baharu dan lebih selesa.

“Dengan adanya pembinaan Rumah Mesra SMJ ini diharap golongan sasar yang dikenalpasti hidup dalam kedaifan, usang, bersesak dengan anak-anak atau pun ahli keluarga akan memberi keselesaan kepada mereka,” kata Shahelmey ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Shahelmey berkata, pada Sabtu lepas kita telah menyaksikan model dua buah unit Rumah Mesra SMJ yang telah siap dibina dan diserahkan kepada pemiliknya masing-masing satu di Kuala Penyu dan Menumbok.

“Ini sudah pasti akan memberi keselesaan, kelegaan kepada rakyat, dengan adanya rumah yang selesa seperti itu, maka saya berharap mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Pada tahun ini sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ akan dibina di semua 73 kawasan DUN Sabah dengan purata 20 unit setiap DUN.

RELATED ARTICLES
Utama

Penunggang warga emas maut tercampak 16 meter dari motosikal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular