HomeUtama147 warga pendidik terima Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia ke-2

147 warga pendidik terima Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia ke-2

Read Time:3 Minute, 4 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

PETALING JAYA: Seramai 147 warga pendidik yang giat berusaha dalam pelbagai bidang di negara ini menerima Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia ke-2 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara.

Majlis anugerah penghargaan serta simposium pendidikan ini telah diadakan di Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaysia, pada Sabtu. (1 Okt)

https://youtu.be/tow0nb_gJ6g

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri, Dr. Nik Adi Sukiman Nik Ahmad Fauzi.

Pengerusi Majlis Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia, Tiffany Tan berkata, intipati pendidikan ialah kasih sayang dan pengaruh. Pendidik harus membantu kanak-kanak untuk merealisasikan diri mereka yang hebat, bukannya secara indoktrinasi sehala, tetapi secara membangkitkan potensi dalaman mereka.

Tiffany Tan

“Diharapkan dengan adanya pengiktirafan ini, kumpulan wira-wira tidak didendang yang menggiatkan pendidikan dalam pelbagai bidang demi perkembangan ekonomi negara ini akan meneruskan usaha mereka dalam memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jiwa, mencerahkan kebijaksanaan, menyedarkan jiwa, dan menyebari ketamadunan,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Menurut Tiffany, dorongan dan penghargaan adalah asas kepada transformasi kanak-kanak. Tidak kira apa jua perangai kanak-kanak yang kita hadapi, kasih sayang merupakan pendidikan terbaik, dan cara terbaik untuk menyampaikan kasih sayang kepada kanak-kanak adalah bergembira dengan mereka, mendorong dan memuji mereka.

Tambahnya, pendidikan merupakan pengaruh seseorang insan terhadap insan yang lain. Kanak-kanak mulai belajar sejak kecil melalui peniruan. Pendidik yang cemerlang mestilah mempunyai sifat-sifat cemerlang yang wajar dicontohi oleh pelajar, seperti: berjiwa besar, berperibadi mulia, berani memikul tanggungjawab, tabah, gigih, berintegriti dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Kata-kata dan tingkah laku ibu bapa serta guru selalunya direfleksikan secara langsung pada anak-anak didik mereka. Oleh sebab itu, pendidikan mestilah bermula dengan mendidik diri sendiri, barulah kita layak mendidik orang lain.

“ Ini juga merupakan hasrat asal majlis penghargaan Anugerah Pendidik Paling Berpengaruh Malaysia dianjurkan kerana karier pendidikan melambangkan pemikulan tanggungjawab yang berat dan misi yang mulia. Selama ini, saya sentiasa berharap untuk mencurahkan semangat dan kepercayaan saya bagi mencipta nilai kepada masyarakat,” katanya.

Beliau percaya bahawa setiap pendidik yang hadir hari ini mempunyai kepercayaan yang sama dengan beliau, iaitu : kita mesti menjadi diri kita yang cemerlang, barulah kita dapat mempengaruhi anak-anak didik kita menjadi insan-insan yang cemerlang.

Sementara Eileen Leung Chii Lin seorang jurulatih renang di salah sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, anugerah itu adalah satu pengiktirafan yang sangat penting kepada warga pendidik dan ia adalah satu penghargaan khidmat dalam pendidikan pelbagai bidang yang mereka telah curahkan kepada kepada masyarakat.

Eileen Leung

Eileen yang juga bekas atlet perenang kebangsaan negara pernah mewakili Malaysia ke Sukan Olympic pada tahun 2008.

Harapan Eileen dalam mendidik masyarakat mempelajari renang supaya mengurangkan kes kelemasan yang banyak terjadi di mana-mana.

“Itulah penting kita mempelajari dan pandai berenang supaya mengurangkan kes kelemasan,” katanya ketika ditemui Sabah Media semalam.

Hadir sama Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia, Heizrul Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Noraffendy Abd Khalid, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia, Abdul Razak Junaidi, Pengarah Negeri, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor, Nurul Azhar Husin, Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara, Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Naib Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara, Dr. Toni Ting dan Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Putrajaya Dr. Nickson Lim.

Selain itu, Pengarah UM Pusat Inovasi & Perusahaan, Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Ivy Chung dan Prof. Madya Sr. Dr. Sarajul Fikri Mohamed, Ketua Pengarah Rangkaian Industri & Pentadbiran UTMSPACE KL, Universiti Teknologi Malaysia Prof. Madya Sr. Dr. Sarajul Fikri Mohamed turut hadir sebagai penceramah utama dalam simposium pendidikan yang diadakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Wakili Malaysia di Taipei 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular