HomeUtamaSemua ketua jabatan, agensi diingatkan sentiasa jaga intergriti akauntabiliti dan tadbir urus...

Semua ketua jabatan, agensi diingatkan sentiasa jaga intergriti akauntabiliti dan tadbir urus yang baik

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan dan agensi kerajaan diingatkan untuk terus mengekalkan intergriti dan akauntabiliti serta tadbir urus yang baik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu bagi memastikan setiap projek pembangunan, khususnya di bawah pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dilaksanakan dengan baik.

Katanya, ia termasuk memantau dan memastikan setiap peruntukan yang disalurkan kerajaan akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi.

“Ini adalah penting bagi aspek ini ditekankan pada setiap masa untuk membangkitkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan,” tegasnya.

Hajiji berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Jamuan Makan Malam Negeri sempena Hari lahir Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang ke-69 di Dewan Bankuet Dewan Undangan Negeri dekat sini pada Sabtu.

“Alhamdulillah, dengan kestabilan politik, kemakmuran sosial dan ekonomi yang semakin pulih rakyat di negeri ini akan terus menikmati hasil pembangunan,” tambahnya.

Hajiji juga berharap keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah akan sentiasa dilindungi melalui sikap hormat-menghormati dan perpaduan.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk memperuntukkan usaha dan tenaga kita untuk memacu pembangunan negeri ini dan meningkat taraf hidup rakyat.

“Saya menyeru kerjasama daripada semua barisan kepimpinan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ketelusan dan keikhlasan.

“Kita mesti komited sepenuhnya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat supaya Agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya boleh dicapai sepenuhnya,” katanya.

Hajiji turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited untuk memperkukuh keselamatan bagi memastikan negara dan rakyatnya sentiasa dilindungi.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelajar Kolej Vokasional Keningau Wakili Malaysia di Taipei 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular