HomeUtamaInfrastuktur, kemudahan penduduk di Pulau Sepanggar akan dinaik taraf

Infrastuktur, kemudahan penduduk di Pulau Sepanggar akan dinaik taraf

Read Time:1 Minute, 39 Second

SEPANGGAR : Kerajaan Negeri akan berusaha untuk membaik pulih dan menambah baik infrastuktur serta kemudahan penduduk setempat di Pulau Sepanggar di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ianya adalah bagi memudahkan lagi urusan seharian penduduk di pulau berkenaan.

Katanya, ia termasuklah kerja membaik pulih Titian serta Dewan Serba guna yang ada di Pulau Sepanggar.

“Semoga dengan adanya penambahbaikan ini, ianya akan dapat memudahkan lagi urusan seharian penduduk di pulau ini.

“Kita juga akan mengusahakan untuk membawa elektrik berkuasa solar, selain membantu penduduk di kampung ini mendapatkan sumber air bersih melelaui sistem air bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Program Hari Keluarga Malaysia, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sepanggar, di sini, semalam.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, Pantaran Ilmu yang sedia ada juga akan digantikan kepada konkrit bagi memudahkan aktiviti sekolah dan penduduk setempat diadakan.

Sementara itu, beliau berkata, semangat kekeluargaan bukan sahaja perlu diterapkan di rumah tetapi juga di sekolah.

Katanya, dengan adanya semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan warga sekolah, secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian.

“Saya ingin menyeru kepada semua guru-guru dan Ibu Bapa untuk terus, berusaha mengekalkan keharmonian sepanjang masa dengan menanamkan semangat kekeluargaan dan kasih sayang dikalangan semua.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa SK Pulau Sepanggar akan mampu menjadi sebuah sekolah cemerlang sekiranya setiap warga sekolah memberikan sokongan dan khidmat yang tidak berbelah bagi kepada organisasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, penganjuran hari keluarga yang terlaksana itu adalah salah satu usaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.

“Apa yang merisaukan saya pada masa kini, gejala sosial yang berlaku pada semakin membimbangkan semua pihak. justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pihak termasuk diri saya supaya meluangkan masa bersama keluarga.

“Libatkanlah diri kita dalam aktiviti anak-anak seperti beriadah bersama keluarga, dengan cara ini hubungan kekeluargaan akan bertambah erat dan juga akan meningkat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular