Mangsa kerugian RM1,500 kes tipu urusan sewa rumah melalui Facebook

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM1,500 dipercayai telah ditipu dalam satu kejadian kes penipuan urusan rumah sewa melalui laman Facebook di Daerah Kota Kinabalu Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengadu (mangsa) yang juga seorang penjawat awam berumur 33 tahun itu berhasrat untuk menyewa rumah bersama keluarga di sekitar Kota Kinabalu dan pada pertengahan Ogos 2022, semasa melayari laman facebook pengadu telah ternampak iklan sewa rumah di Beverly Hills Bundusan, Penampang.

“Pengadu berminat dan telah berurusan dengan ejen berbangsa cina melalui aplikasi Whatsapp. Kemudian pengadu telah berjumpa dengan penama (suspek) di Kepayan Ridge untuk berbincang dan telah membuat pembayaran secara tunai sebanyak rm1,500 sebagai deposit.

“Suspek berjanji kepada pengadu bahawa boleh masuk rumah tersebut pada 17 September 2022. Pengadu telah minta alamat rumah dan mahu tengok rumah tetapi suspek memberi pelbagai alasan dan akhirnya gagal dihubungi, susulan kejadian itu, pengadu rasa tertipu dan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” kata Mohd Zaidi dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, pada 4 Oktober 2022 jam 8.30 pagi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, telah membuat tangkapan seorang suspek perempuan berumur 39 tahun yang bekerja sebagai ejen sewa rumah, untuk tindakan lanjut.

“Hasil soal siasat suspek mengaku telah menawarkan sewa rumah melalui
Facebook kepada pengadu dan telah menerima bayaran sebanyak rm1,500 wang yang diambil digunakan untuk kegunaan sendiri.

“Siasatan masih diteruskan dan kemungkinan ada report baru bakal menyusul.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” jelasnya.

Justeru, Mohd Zaidi menasihati orang awam terutama pelajar institusi pengajian tinggi supaya berhati-hati dalam urusan sewa rumah dan tidak mudah percaya melalui iklan yang terpapar di media masa serta tidak membuat apa-apa pembayaran sebelum memastikan rumah sewa tersebut benar-benar wujud.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *