HomeUtamaRTK tampil lebih gah tahun ini

RTK tampil lebih gah tahun ini

Read Time:1 Minute, 39 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) Negeri Sabah 2026 tampil dengan konsep lebih segar dan berskala besar menerusi gabungan elemen kebudayaan dan moden.

Pengerusi RTK Casey Jovial RTK kini bukan lagi sekadar pertandingan, tetapi sudah berkembang menjadi platform budaya lelaki Kadazan Dusun yang semakin mendapat perhatian masyarakat di Sabah serta pengunjung dari luar negeri.

“Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia, kami mahu RTK Negeri Sabah 2026 menjadi sebuah platform yang bukan sahaja meraikan budaya Sabah, tetapi turut memperkenalkannya kepada pengunjung dari dalam dan luar negara melalui persembahan, kreativiti, muzik dan pengalaman budaya yang lebih menarik,” katanya pada sidang media sempena pendaftaran finalis RTK Negeri Sabah 2026 di sini, pada Sabtu.

Menurutnya lagi, RTK turut menarik kehadiran turut menarik kehadiran pengunjung dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“Ini membuktikan budaya Sabah mempunyai kekuatan dan daya tarikan tersendiri untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih besar,” katanya.

Bagi memperkukuhkan lagi perjalanan RTK tahun ini, Casey berkata pihaknya memperkenalkan Randawi Production, sebuah platform baharu yang memberi fokus kepada pembangunan bakat, persembahan pentas dan penghasilan kandungan kreatif.

Katanya, walaupun berada di bawah jenama yang sama, RTK dan Randawi Production membawa peranan berbeza dalam usaha memperkasa industri kreatif dan kebudayaan di Sabah.

Selain itu, beberapa ahli jawatankuasa turut dilantik sebagai ‘project manager’ bagi segmen utama seperti Showcase dan A Night of Cultural Fashion bagi memperkemaskan pengurusan program serta memberi pengalaman kepada golongan muda dalam pengurusan acara dan kepimpinan.

Mengenai malam kemuncak RTK 2026, Casey berkata pihaknya akan membawakan persembahan lebih besar dan moden menerusi gabungan elemen budaya, muzik, tarian dan visual yang lebih dinamik.

Katanya, lebih 50 penari akan terlibat dalam keseluruhan persembahan pentas akhir bersama penampilan artis Sabah seperti Stacy Anam, Elica Paujin, Dabra Sia, McDowell dan George Lian.

“Para pengunjung bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan, tetapi turut merasai semangat Kaamatan melalui gabungan persembahan budaya, muzik moden dan identiti masyarakat Sabah.

“Hari kemuncak nanti juga akan dimulakan dengan persembahan pembukaan berskala besar melibatkan 50 peserta akhir RTK 2026,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pesta Memancing UMS-Sepanggar hidupkan semula ekonomi nelayan Bangka-Bangka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular