HomeIsu tempatanWaspada taktik 'scammer' tawar sewa rumah menerusi media sosial

Waspada taktik ‘scammer’ tawar sewa rumah menerusi media sosial

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dinasihatkan agar berwaspada dengan taktik scammer yang menawarkan rumah sewa di sekitar kampus UMS yang giat dipromosikan menerusi media sosial.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, pelajar baharu dan lama perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang dijalankan penipu dalam talian ini.

“Isu ini timbul apabila pelajar yang akan mula kembali ke kampus dan meneruskan kaedah pengajian secara bersemuka apabila semester dibuka nanti sedang mencari rumah sewa. Peluang inilah yang diambil mereka untuk mengaut keuntungan.

“Justeru, saya menyeru kepada para pelajar untuk merujuk kepada Pusat Pengurusan Non  Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) UMS bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan rumah sewa bagi mengelakkan penipuan seperti ini dari terus berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar nasional hari ini mendedahkan 10 pelajar UMS yang mencari rumah sewa telah ditipu dengan kerugian mencecah hampir RM30,000.

Sehubungan itu, Kasim turut mengingatkan agar pelajar-pelajar yang mencari rumah sewa sendiri perlu terlebih dahulu membuat semakan dan memeriksa rumah yang bakal diduduki sebelum membuat bayaran deposit bagi mengelakkan mereka ditipu.

Mengambil pendirian dalam isu rumah sewa pelajar juga, beliau menegaskan rumah yang hendak disewakan perlulah memenuhi keperluan minimum yang telah ditetapkan seperti penyediaan bekalan elektrik, air, kipas, tandas dan dapur.

“Kita tidak mahu penyewa mengambil kesempatan dengan menyediakan kemudahan yang tidak sesuai dan tidak lengkap yang akan menyusahkan pelajar kita nanti.

“Pemilik rumah di sekitar UMS yang berminat untuk menyewakan rumah atau bilik kepada pelajar boleh berhubung dengan PNRF, UMS agar pihak kami dapat mengenal pasti dan mengesahkan yang penyewa bukanlah scammer,”katanya.

Untuk rekod, laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/ sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memudahkan pelajar mendapat maklumat dan senarai rumah sewa.

Sebarang maklumat lanjut berhubung rumah sewa, para pelajar UMS boleh menghubungi PNRF di talian 088-320000 sambungan 205500 atau melalui emel [email protected].

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya