HomeUtamaSindiket saman trafik: 4 polis antara 11 ditahan

Sindiket saman trafik: 4 polis antara 11 ditahan

Read Time:1 Minute, 12 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 individu termasuk anggota polis dan penjawat awam kerana disyaki terlibat sindiket pengurangan saman trafik sejak 2016 sehingga kini melibatkan transaksi wang lebih RM5 juta.

Mereka yang ditahan ialah empat anggota polis, enam penjawat awam dan seorang orang awam masing-masing berusia 40-an hingga 50-an.

Menurut sumber, sindiket berkenaan dipercayai mencari individu yang ingin menyelesaikan saman trafik dengan membayar sejumlah wang lebih rendah daripada nilai saman.

“Selepas menerima wang, sebahagian jumlah wang itu akan dimasukkan ke hasil kerajaan manakala selebihnya akan dikongsi dengan suspek-suspek yang bertugas di Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kemudian, suspek akan mengeluarkan nama individu yang disaman daripada sistem PDRM,” kata sumber itu.

Sumber berkata bayaran itu akan dikutip anggota sindiket seterusnya menyerahkan kepada pegawai yang membuat pengurangan kompaun menerusi sistem.

Difahamkan, sebanyak 60 akaun bank daripada suspek membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM184,000 telah dibekukan SPRM.

Susulan itu, sembilan daripada 11 individu ditahan itu direman bagi membantu siasatan sementara dua lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

“Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula 5 Okt sehingga esok dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan SPRM,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

“Pihak SPRM tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa lagi saksi daripada pegawai dan anggota polis serta orang awam bagi membantu siasatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular