HomeIsu tempatanPendaftaran Pelajar Baharu UCSF masih dibuka sehingga 21 Oktober ini

Pendaftaran Pelajar Baharu UCSF masih dibuka sehingga 21 Oktober ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pelajar di negeri ini dialu-alukan untuk melanjutkan pengajian di University College Sabah Foundation (UCSF) atau Kolej Universiti Yayasan Sabah sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda tahun ini.

Menurut Mohd Asyrul Shuhaimi dari Pejabat Pendaftar UCSF, pendaftaran pelajar baharu untuk ambilan akhir tahun ini masih dibuka sehingga 21 Oktober 2022.

Katanya, pelbagai program pengajian menarik ditawarkan oleh UCSF dengan kampusnya terletak di lokasi strategik di Sembulan, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, antara program yang ditawarkan di UCSF ialah :

a) Diploma in Animation.
b) Diploma in Screen Arts.
c) Bachelor of Hospitality and Tourism Management (Hons).
d) Diploma in Accounting
e) Diploma in Business Management.
f) Diploma in Hotel Management.
g) Diploma in Tourism Management
h) Bachelor of Science (Hons) Sustainable Resource Management and Conservation
i) Bachelor of Arts (Hons) in Development Studies with Media Communication
j) Diploma in Media Studies
k) Bachelor of Accountancy (Hons)
l) Bachelor of Business Administration (Hons)
m) Diploma in Visual Arts and Design

Sementara itu, Felix Intiang dari Pejabat Bendahari UCSF berkata, para pelajar yang berminat melanjutkan pengajian di UCSF boleh memohon pelbagai biasiswa, tajaan dan pinjaman yang ditawarkan dan tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan peruntukan semasa pelajar membuat permohonan.

Beliau mengambil contoh, Biasiswa Yayasan Sabah, Pinjaman Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah serta pelbagai lagi tawaran tajaan ataupun pinjaman lain merupakan pilihan yang ada kepada para pelajar yang berminat untuk memohon.

Sementara itu, Naib Canselor UCSF , Dr. Rafiq Idris menjelaskan UCSF adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh anak-anak Sabah jika ingin melanjutkan pengajian di Kota Kinabalu.

“UCSF sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang celik hijau, juga menumpukan usaha untuk melahirkan graduan yang celik kewangan serta celik digital bagi semua pelajarnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 usahawan sertai seminar berkaitan e-invois dalam perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular