Kerajaan Negeri atau Persekutuan tidak pernah keluarkan kad identiti warga asing -PHEDNP

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengeluarkan apa‐apa kad identiti terhadap golongan warga asing di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan atau di mana-mana sahaja sama ada di dalam atau di luar negara.

Menurut kenyataan dikeluarkan Setiausaha PHEDNP hari ini, penafian itu dibuat berikutan dengan isu Kad Digital Warga Asing ‐Pemastautin Bukan Warganegara Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Dalam Negeri yang tular melalui laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mutakhir ini.

Oleh itu, PHEDNP memohon kerjasama semua pihak untuk tidak mempercayai dan menghentikan penyebaran perkara ini sekiranya ada menerimanya.

Sekiranya terdapat maklumat lanjut, sila salurkan maklumat-maklumat berkenaan kepada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan melalui WhatsApp (+6088-369403) atau Emel ([email protected]). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi +6088-369403 (telefon & WhatsApp)
/ +6088-264601(Unit Penempatan – PHEDNP).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *