PENAMPANG: Dua lelaki melecur di perut dan kaki dipercayai terkena renjatan elektrik dalam satu kejadian di hadapan bangunan Jalan Bundusan di sini, pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zenno Tingalan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.23 pagi tadi (9 Okt) mengenai kejadian tersebut.
“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati dua orang mangsa lelaki dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang memasang papan iklan di hadapan bangunan di Jalan Bundusan, Penampang.
“Kedua-dua mangsa berumur 26 dan 35 tahun itu melecur di bahagian perut dan kaki semasa kejadian itu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Zenno berkata, pasukan Bomba bertindak memberi rawatan awal dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth l dengan menggunakan Jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 11:50 pagi,” katanya.