HomeUtamaAmaran hujan lebat di enam buah negeri

Amaran hujan lebat di enam buah negeri

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di enam buah negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk adalah Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Kedah, Terengganu, Sarawak dan Sabah membabitkan beberapa kawasan.

“Di Kedah ia membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik; Terengganu di Marang dan Dungun dan Sarawak pula di Mukah, Bintulu, Miri serta Limbang.

“Sementara di Sabah pula membabitkan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular