HomeUtamaPameran 'Dirgahayu Tuan Yang Terutama' lambang perpaduan masyarakat

Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ lambang perpaduan masyarakat

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU  : Pameran Khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ menjadi lambang kepada perpaduan masyarakat di negeri ini.

Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, pameran itu adalah bertujuan untuk memaparkan kepada masyarakat mengenai aktiviti sosial dan kemasyarakatan khasnya rakyat di negeri ini.

“Pameran khas sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ini menggambarkan keharmonian dalam kalangan rakyat negeri ini yang terdiri daripada pelbagai rumpun kaum, agama, bahasa dan budaya.

“Dibawah naungan pimpinan Tun Juhar, semoga keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini dapat kita rasa dan kecapi sehingga hari ini akan sentiasa berkekalan,” katanya ketika berucap sempena majlis perasmian pameran tersebut di Muzium Negeri Sabah,  di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Sr. Mohd Yusrie Abdullah.

Pameran berkenaan turut memaparkan hasil karya Tun Juhar yang terdiri daripada seni lukisan dengan teknik catan yang cukup memukau.

“Terdapat beberapa lukisan Tun Juhar yang dianimasikan dengan kesan khas audio dan visual bagi tatapan pengunjung selaras dengan peningkatan kemajuan teknikal digital dan mendukung slogan Sabah Maju Jaya,” katanya.

Majlis perasmian yang disempurnakan Tun Juhar itu diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.  

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Pameran ‘LATerasi Kewangan Bank Negara Malaysia’ dan orang ramai dijemput hadir ke pameran berkenaan yang diadakan bermula 12 Oktober sehingga 12 April 2023.

Hadir sama, Panglima Lima Divisyen, Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A. Wahab, Timbalan Speaker Dewan Undangan Undangan Negeri Sabah (DUN), Datuk Ahmad Abdul Rahman, Pengarah Muzium Sabah, Arif Abdul Hamid, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar dan Kartunis, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya