HomeUtamaUMS – MUIS tandatangan MoA, jalin kerjasama dalam Pungutan dan Agihan Zakat...

UMS – MUIS tandatangan MoA, jalin kerjasama dalam Pungutan dan Agihan Zakat Harta

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini, hari ini.

UMS diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar manakala MUIS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ramlan Awang Ali dan Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Zakat, Bahagian Zakat Sabah, Iwansuzairie Hari.

Upacara menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Ketua Menteri Sabah merangkap Pro Canselor UMS, Datuk Seri Hajiji Noor; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

@dardcomms

Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Minggu Suai Mesra Sesi 2022/2023 dan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pelantikan UMS sebagai Ejen Pungutan dan Agihan Zakat Harta Bagi Pihak MUIS #ums #muis #sabah #malaysia #universitimalaysiasabah #masuk #masukberanda #fy #fyp #fypシ

♬ Standing In The Eyes Of The World – Ella

Menurut Kasim, melalui MoA tersebut UMS dilantik sebagai ejen pungutan dan agihan zakat harta bagi pihak MUIS.

“Hasil daripada pungutan zakat berkenaan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar B40 UMS yang datang daripada golongan berpendapatan rendah.

“Pelantikan ini merupakan satu inisiatif yang baik antara UMS dan MUIS di mana potensi untuk kita memungut zakat harta di UMS ini kita yang dapat pungut hampir satu juta setahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian MoA.

Kasim turut memaklumkan, daripada jumlah yang bakal dipungut, 50 peratus akan digunakan untuk tujuan bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan selebihnya akan dikembalikan kepada pihak MUIS.

“Justeru, diharapkan dengan adanya inisiatif ini, kita akan dapat memperkasakan kapasiti pelajar dan seterusnya dapat menambahbaik kualiti kehidupan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya