Wetrom sah keluar BERSATU

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau Datuk Wetrom Bahanda sah keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, perkara itu sudah dijangka berikutan beliau (Wetrom) mahu bertanding Parlimen Kota Marudu menentang penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Masidi Manjun

“Ya, keluar BERSATU dan memang dijangka,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp di sini malam ini.

Hari ini Wetrom yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah didakwa keluar BERSATU dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seterusnya bakal menyertai Parti Warisan (Warisan).

Selain itu, turut tular sekeping gambar dimana Wetrom bersama para penyokongnya menunjukkan tanda ‘W’, dengan isyarat bahawa beliau akan menyertai Parti Warisan (WARISAN).

Gambar tular Wetrom bersama penyokong menunjukkan tanda ‘w’

Wetrom pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 menang dengan majoriti 3,363 dalam pertembungan enam penjuru menewaskan calon Warisan, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah, Parti Cinta Sabah, Parti Liberal Demoktratik dan calon Bebas.

Beliau juga dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri selepas GRS membentuk kerajaan negeri.

Esok, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan Jelajah GRS Parlimen Kota Marudu dan Majlis Penyerahan Geran Tanah masing-masing di Dewan Komuniti Kota Marudu serta Dewan Terbuka Matunggong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *