HomePolitikMasiung kekal ADUN mesra GRS

Masiung kekal ADUN mesra GRS

Read Time:1 Minute, 14 Second

TONGOD: Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut (ADUN), Datuk Masiung Banah hari ini menafikan dakwaan konon dirinya telah keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) tetap berpendirian teguh menyokong Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya menafikan dakwaan kononnya saya telah keluar daripada GRS dan tetap berpendirian serta menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS.

“Tetapi secara logiknya, saya tidak menyertai mana-mana parti dalam GRS dan kini masih lagi sebagai wakil rakyat Bebas dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mesra kepada GRS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menyatakan  demikian susulan tular di media sosial semalam yang mengaitkan dirinya bersama tiga lagi ADUN lain akan keluar meninggalkan GRS.

Antara yang disebut-sebut meninggalkan GRS adalah Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga ADUN Pitas Datuk Ruddy Awah; Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan).

Masiung berkata, isu tersebut sengaja ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab khususnya menjelang pilihan raya dengan tujuan yang tidak baik.

“Saya hanya mengetahui perkara ini apabila Pegawai Komunikasi dan Media saya Yussof Imbang memaklumkan saya lewat tengah malam semalam.

“Semalam juga saya berada di kawasan untuk menziarahi penduduk yang berada dalam kesusahan dan kemungkinan saya tidak dapat dihubungi pada ketika itu berikutan capaian talian tidak memuaskan,” katanya.

Masiung berkata, sebagai ADUN mesra GRS beliau akan tetap akan memberi sokongan padu kepimpinan Haiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi GRS.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular