HomeUtamaLima keberhasilan modal insan berjaya dicapai menerusi Hala Tuju SMJ

Lima keberhasilan modal insan berjaya dicapai menerusi Hala Tuju SMJ

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Kejayaaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) khususnya menerusi elemen Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat banyak bergantung kepada kerjasama padu serta berterusan dalam kalangan warga pendidik di seluruh negeri Sabah.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha warga pendidik di negeri ini dilihat penting dalam memastikan Sabah setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

“Usaha berterusan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam melaksanakan program pembangunan potensi murid, beberapa keberhasilan modal insan akan dapat dicapai.

“Sejak 2021, lima daripada 11 keberhasilan modal insan telah dikecapi oleh murid-murid yang layak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) JPNS di sini hari ini.

Antara keberhasilan modal insan itu adalah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI SMJ); Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI SMJ) (Calon Cemerlang SPM, STPM dan STAM) dan Biasiswa TVET dan Kursus Kemahiran.

Selain itu, Bantuan Ikhsan Komputer (BAIK SMJ) dan Insentif Untuk Atlet Yang Mewakili Negara ke Peringkat Antarabangsa.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata, dua objektif menerusi pelaksanaan MEKAR merupakan anyata perkara utama dalam Hala Tuju SMJ yang dilancarkan Kerajaan Negeri pada tahun lalu.

Katanya, Hala Tuju SMJ mempunyai tiga Elemen Teras termasuk Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat yang mempunyai Teras Strategik iaitu Membangunkan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

Tambahnya, Teras Strategik ini pula bergantung kepada Pemboleh Daya iaitu Kecemerlangan Tadbir Urus yang Berintegriti.

“Teras ketiga dalam Hala Tuju SMJ adalah Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat yang merujuk kepada usaha membangunkan potensi modal insan untuk membangunkan negara atau negeri serta memastikan rakyat mendapat kehidupan yang sejahtera.

“Aspek Modal Insan dan Kesejehteraan Rakyat mempunyai lapan hala tuju. Daripada lapan hala tuju itu, lima hala tuju adalah berkaitan dengan modal insan yang sebenarnya bermula dari peringkat sekolah rendah, menengah, prauniversiti serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diterajui secara khusus oleh JPNS serta IPT-IPT yang lain,” katanya.

Antaranya ialah Rakyat sihat dan sejahtera; Rakyat berkemahiran tinggi; Semangat kesukanan rakyat; Rakyat menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 dan Rakyat berupaya dan berdikari.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya