HomeUtamaTiada pendaki terperangkap di Gunung Kinabalu akibat cuaca buruk pagi tadi

Tiada pendaki terperangkap di Gunung Kinabalu akibat cuaca buruk pagi tadi

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Taman-Taman Sabah (TTS) menafikan video tular kononnya ada pendaki yang terperangkap dalam cuaca buruk ketika melakukan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu awal pagi tadi.

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, situasi yang berlaku menerusi rakaman video itu telah berlaku pada Jumaat yang lalu.

“Aktiviti pendakian pada tarikh tersebut bermula seperti biasa pada jam 2.30 pagi dalam keadaan cuaca yang amat baik.

“Walau bagaimanapun keadaan cuaca mula berubah pada jam 6 pagi dimana hujan lebat dan angin kuat mula berlaku secara luar jangka.

“Para pendaki dengan diiringi oleh malim-malim gunung dibawa turun melalui aliran air seperti yang dipaparkan dalam video tular tersebut. Semua pendaki berjaya dibawa turun dengan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maklarin berkata, laluan bagi aktiviti pendakian bermula dari Panalaban hingga ke puncak gunung ditutup pada awal pagi ini berikutan hujan turun yang melanda seawal jam 1 pagi.

Katanya, kejadian aliran air deras seumpama ini sering berlaku di Gunung Kinabalu terutama apabila hujan lebat.

“Demi keselamatan para pendaki, pendakian ke puncak gunung akan ditutup sekiranya hujan lebat atau cuaca buruk sesuai dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) Pendakian Gunung Kinabalu.

“Jika ada sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh berhubung terus dengan Komunikasi Korporat Taman-Taman Sabah di talian 088-523531/572 atau emel ke [email protected],” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular