HomeIsu tempatanPastikan KPM sah tempoh - Jainisah

Pastikan KPM sah tempoh – Jainisah

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Semua pengamal media khususnya di negeri ini perlu memastikan Kad Perakuan Media (KPM) sah tempoh bagi memudahkan tugasan liputan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 berjalan lancar.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, kad akreditasi yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu mestilah sah tempoh untuk melayakkan para petugas media memohon pas media daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan dikuatkuasakan sehingga selesai tempoh PRU.

“Bagi rakan-rakan media yang mempunyai KPM yang telah tamat tempoh, kita alu-alukan supaya memperbaharui kad ini dalam kadar segera untuk memudahkan pelaksanaan tugasan terutama sepanjang tempoh PRU.

“Sepanjang tempoh pilihan raya, kita nasihatkan semua petugas media untuk mempamerkan Pas SPR,” katanya ketika merasmikan Program Santai Media Keluarga Malaysia 2022, di Taman Awam Teluk Likas di sini baru-baru ini.

Hadir sama dalam program itu Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Datuk Muguthan Vanar serta beberapa wakil daripada agensi media yang berdaftar dan Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa.

Hampir 200 orang hadir termasuk pengamal media serta rakan strategik yang terdiri daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, Jabatan Pengaduan Awam dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain warga jabatan JAPEN Sabah menjayakan sukan rakyat dan aktiviti mengutip sampah di lokasi program.

Turut diadakan, demonstrasi menyelamat mangsa lemas menggunakan Life Saving Appliances (LiSA) yang ditempatkan di Taman Awam Teluk Likas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular