HomeUtamaSoal keselamatan negara tidak boleh dipolitikkan - Hishammuddin

Soal keselamatan negara tidak boleh dipolitikkan – Hishammuddin

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dan Persekutuan mesti bekerjasama dalam soal menjaga keselamatan di Sabah, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, dalam soal keselamatan dan pertahanan negara, khususnya di Sabah, kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu terus bekerjasama bagi memastikan tiada ancaman luar akan berlaku lagi.

““Penyelarasan dan hubungan kerja antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan khususnya dalam konteks keselamatan negara tidak boleh dipolitikkan selain memperbetulkan persepsi hubungan antara pemimpin-pemimpin masyarakat di Sabah dengan kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam apa jua lanskap politik pada masa-masa akan datang.

“Ini akan saya tekankan malam ini (22 Okt) dalam perjumpaan saya dengan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, sebelum ini pun saya ada berbincang isu-isu keselamatan kepada Yang Amat Berhormat khususnya dalam konteks keselamatan dan pertahanan kita di sempadan-sempadan, jiwa politik, kuasa-kuasa besar di rantau ini, aset-aset dan industri pertahanan,” katanya pada sidang media ketika mengadakan lawatan kerja ke Kem Tentera Lok Kawi di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, 70 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia di Sabah adalah dari Semenanjung.

“Sekiranya tidak ada hubungan kerja antara negeri dan persekutuan, bagaimana menteri pertahanan dapat memastikan pasukan keselamatan kita diterima oleh Kerajaan Negeri, maka huru-hara akan berlaku.

“Kita tidak mahu seperti insiden Tanduo di Lahad Datu berulang lagi. Jadi logiknya tak kira politik, suka tak suka koordinasi kerjasama antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dalam konteks pertahanan dan keselamatan sudah terjawab,” tegasnya.

Hadir sama dalam lawatan itu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata Tentera Darat Malaysia telah bersiap sedia lebih 16,000 anggota bersedia untuk digerakkan ke 5,000 hotspot banjir di seluruh Malaysia.

“Bagi Sabah, 1,567 anggota tentera bersama 600 aset berada dalam keadaan bersiap sedia dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa apabila diperlukan atas arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular