HomePendapatKenapa BN mahukan PRU15 diadakan secepat mungkin? - Abdul Rahman Dahlan

Kenapa BN mahukan PRU15 diadakan secepat mungkin? – Abdul Rahman Dahlan

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengulas mengenai kenapa Barisan Nasional (BN) mahukan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.

Abdul Rahman berkata, BN mahukan pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana BN amat prihatin terhadap rakyat, ini kerana tahun hadapan diramalkan tahun bermula kemelesetan ekonomi dunia.

“Ini bukan saya atau BN yang cakap tetapi penganalisa ekonomi di seluruh dunia, dengan keadaan perang Ukraine dan Rusia, inflasi, sumber tenaga yang melonjak tinggi, kedudukan ekonomi di seluruh negara yang belum pulih sepenuhnya kesan daripada Covid-19,” katanya menerusi satu hantaran video di laman Facebooknya hari ini. https://fb.watch/gjKy-STh_q/

Abdul Rahman yang juga mantan Ahli Parlimen Kota Belud (UMNO-BN) berkata, kini dunia berdepan dengan faktor-faktor yng muram dan membimbangkan. Justeru, semua negara di dunia sekarang sedang berusaha sedaya upaya untuk mempersiapkan ekonomi mereka dari kesan buruk yang menjejaskan mereka.

“Sekiranya PRU15 diadakan pertengahan tahun hadapan kita tidak ada masa yang mencukupi untuk mempersiapkan negara dan rakyat daripada kesan buruk kemelesetan ekonomi dunia.

“Kita perlu cepat membentuk sebuah kerajaan yang stabil untuk memulakan dan memikirkan perancangan awal untuk menjadikan ekonomi kita “kalis kemelesetan ekonomi”, ” tegasnya.

Tambah beliau, mana mungkin dengan keadaan politik yang bercelaru sekarang ini kerajaan dapat bertindak dengan tegas dan cepat untuk berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang bakal melanda.

“Tahukah anda pengurus dalam pelaburan antarabangsa selalunya akan membuat keputusan pada bulan November dan Disember setiap tahun di mana mereka akan melabur dana mereka untuk tahun hadapan, kalau kita terlepas peluang untuk meyakinkan mereka bahawa Malaysia mempunyai kerajaan yag stabil pasti Malaysia tidak akan ada dalan senarai mereka dalam tahun 2023.

Pendeknya melewatkan pilihan raya akan memudaratkan kedudukan ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Di situlah perbezaan pendapat yang besar antara BN dan parti-parti lain antara semua parti politik termasuk Barisan Nasional risau risiko banjir, tetapi hanya BN yang risau memikirkan apa yang akan terjadi untuk masa depan dan kebajikan rakyat sekiranya ekonomi negara kita dilanda kemelesetan ekonomi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya