HomeUtamaPBS sokong syor tiga TPM

PBS sokong syor tiga TPM

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengalu-alukan cadangan mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM), masing-masing dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang disifatkan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata perkara berkaitan pelantikan TPM bagi Sabah dan Sarawak telah dibincangkan dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).

Beliau juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), berkata ia berikutan permintaan awam, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak agar kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan terbabit.

Maximus berkata, usaha merealisasikan cadangan terbabit mesti selaras dengan peruntukan Perlembagaan bagi memberi status sama rata kepada Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Malah, Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu sedang meneliti perkara mengenai status sama rata Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PBS sebagai rakan sekutu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mencadangkan syor TPM dari Sabah dan Sarawak sebagai agenda pertama mesyuarat pertama MKMA63 nanti.

“Ia akan mewakili Malaysia baharu dan boleh menjadi lonjakan besar bagi Persekutuan Malaysia. Saya yakin agenda ini akan dipersetujui sebulat suara oleh MKMA63,” katanya.

Ahad lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya lagi, cadangan berkenaan yang membabitkan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dilantik, juga akan menjadi manifesto parti untuk PRU15 dan boleh juga digunakan BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai manifesto di peringkat negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular