HomeUtamaKerjasama YSCT, KATC dapat melahirkan anak tempatan Sabah berdaya saing

Kerjasama YSCT, KATC dapat melahirkan anak tempatan Sabah berdaya saing

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (YSCT) Haji Samin Haji Ongki bersama rombongan telah mengadakan lawatan ke KKIP Aerospace Training Centre (KATC) pada 26 Oktober 2022.

Ketibaan kunjungan rombongan YSCT itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KATC Aminuddin Zakaria.

Haji Samin bersama rombongan dan Ketua Pegawai Eksekutif KATC Aminuddin Zakaria merakamkan gambar kenangan semasa lawatan itu. – Foto ihsan YSCT

Haji Samin berkata, tujuan lawatan itu adalah untuk membincangkan peluang kerjasama berkolaborasi di antara YSCT dan KATC dalam melahirkan anak-anak tempatan terutamanya Sabahan yang berdaya saing dan ‘marketable’ bukan hanya dari segi penempatan pekerjaan tetapi juga dalam bidang keusahawanan.

“Dalam perbincangan kali ini, beberapa kursus yang telah dikenal pasti yang boleh menambah nilai atau ‘value-add’ kepada graduan YSCT dan KATC.

“Kami mahu graduan YSCT ada kemahiran tambahan dan sijil kedua selain sijil atau diploma yg ditawarkan di YSCT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama dari pusat latihan, institusi pengajian tinggi atau mana-mana badan organisasi kerajaan dan swasta demi mencapai objektif kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan dan membantu rakyat.

“Ini adalah untuk menambah pendapatan isi rumah melalui program yang kami tawarkan,” katanya.

Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Haji Samin dan rombongan YSCT atas kesudian bertandang ke Pusat Latihan KATC.

RELATED ARTICLES
Utama

SMM ambil tindakan undang-undang susulan salah laku bekas CEO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular