HomeSukanSabah FC bawa pulang bekalan dua gol

Sabah FC bawa pulang bekalan dua gol

Read Time:1 Minute, 10 Second

SHAH ALAM : Sabah FC berjaya membawa pulang dua gol pada pusingan ke-16 perlawanan pertama saingan Piala Malaysia selepas menewaskan UiTM 2-1 di Stadium UiTM di sini malam ini.

Bekalan dua gol itu juga dilihat menjadi kelebihan untuk skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee meneruskan perhitungan pada perlawanan timbal balik di Stadium Likas Isnin ini.

Babak pertama bermula Sabah FC lebih banyak mengawal permainan apabila banyak melakukan percubaan ke gawang pasukan tuan rumah Skuad The Rhinos hampir mendahului jaringan menerusi percubaan Azhad Harraz Arnan pada minit ke-35 selepas menerima bola dari Nazirul Naim namun sedikit lewat untuk menolak masuk bola.

Keadaan kelam kabut diluar kotak penalti pasukan pelawat menyebabkan Farhan Roslan dijatuhkan seterusnya menghadiahkan Sabah FC sepakan percuma.

Ketua pasukan Sabah FC Baddrol Bakhtiar tidak menunggu lama untuk menyudahkn gol apabila sepakannya tepat masuk kepenjuru gawang UiTM FC bagi membolehkan Sabah mendahului jaringan 1-0.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan pemain import UiTM FC George Tetteh Attram namun melewati palang gol Sabah FC.

Pemain gantian Sabah FC, Maxsius Musa yang menggantikan Farhan Roslan menambah azab UiTM FC apabila menambah gol kedua pada minit ke-70 menjadikan Sabah FC terus mendahului 2-0.

Kelekaan pertahanan Sabah FC pada minit akhir perlawanan membawa padah apabila Attram berjaya menjaringkan gol pertama tuan rumah seterusnya memberi kegembiraan buat penyokong yang hadir menjadikan kedudukan berubah 2-1. – SABAH MEDIA/EAW

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya