HomeUtamaPRU15: KDM umum calon, tiada kaitan dengan GRS - Mohamed Razali

PRU15: KDM umum calon, tiada kaitan dengan GRS – Mohamed Razali

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Tindakan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang mengumumkan akan meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti adalah keputusan parti KDM sendiri dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Kerja Parti GRS, Datuk Mohamed Razali Razi menyatakan perkara itu dan menegaskan bahawa KDM bukanlah salah satu parti komponen GRS.

Maka dengan itu, katanya, pengerusi GRS iaitu YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak mempunyai sebarang kuasa dan kedudukan untuk menghalang atau menafikan tindakan Parti KDM daripada bertanding dan meletakkan calon di mana-mana kerusi parlimen semasa PRU15 akan datang termasuklah kerusi-kerusi parlimen yang akan ditandingi oleh komponen GRS mahupun Barisan Nasional (BN).

“Tindakan yang dilakukan oleh KDM tidak melanggar mahupun membelakangi GRS selaras dengan prinsip demokrasi kerana parti berkenaan bukan sebahagian daripada komponen GRS.

“Perlu diingat, KDM bukan hanya mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen yang berkemungkinan bakal ditandingi oleh BN, bahkan juga melibatkan kawasan yang berkemungkinan bakal ditandingi oleh GRS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurut Mohamed Razali, GRS buat masa ini menumpukan segala gerak kerja untuk mempersiapsiagakan jentera pilihan raya di kesemua kawasan parlimen dalam menuju PRU15 yang akan datang.

“Kerjasama di antara GRS-BN menjadi keutamaan dan akan terus diperkuatkan di setiap peringkat dan semua kawasan parlimen bagi memastikan kemenangan dalam PRU15 akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya