HomeUtamaPemeliharaan, pemuliharaan alam sekitar perlu dipupuk bermula di peringkat sekolah

Pemeliharaan, pemuliharaan alam sekitar perlu dipupuk bermula di peringkat sekolah

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMBUNAN: Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar perlu dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran di peringkat sekolah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, ia adalah bagi memberi dan memupuk kesedaran kepada golongan muda betapa pentingnya menjaga alam sekitar khususnya di Sabah.

“Seperti mana yang kita saksikan, golongan muda menjadi antara yang ramai hadir pada program ini bagi mendengar taklimat seterusnya melihat pameran mengenai Rizab Biosfera Banjaran Crocker.

“Menjaga dan memelihara alam sekitar bukan sahaja untuk kepentingan kehidupan kita pada masa ini termasuk ekonomi, tetapi ia juga penting kepada kehidupan manusia pada masa akan datang.

“Sebab itu, saya mencadangkan agar perkara ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran atau subjek di sekolah agar kesedaran untuk menjaga alam sekitar kita bermula di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Taklimat dan Pameran Rizab Biosfera Banjaran Crocker Daerah Tambunan di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah Ludi Apin.

Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berharap agar program jelajah seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya amat berharap supaya program taklimat dan pameran ini bukan hanya diadakan pada hari ini sahaja, tetapi juga diteruskan secara berkala, supaya pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan khususnya di Tambunan dapat ditingkatkan. 

“Saya percaya dengan adanya program-program sebegini akan memudahkan masyarakat mendapat pendidikan berterusan berhubung dengan alam sekitar disamping membangun dan meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat Tambunan melalui industri eko-pelancongan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah: Industri kreatif di Sabah perlu ditingkatkan – Amisah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular