Wednesday, April 24, 2024
Google search engine
HomeUtamaPusat Sains di Sabah perlu ditambah, realisasi pembangunan modal insan dalam bidang...

Pusat Sains di Sabah perlu ditambah, realisasi pembangunan modal insan dalam bidang STI

Read Time:2 Minute, 10 Second

TAWAU : Kerajaan negeri berharap agar Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menubuhkan lebih banyak Pusat Sains di Sabah bagi merealisasikan hasrat untuk membangunkan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, keadaan geografi Sabah yang begitu luas juga memerlukan lebih banyak lagi Pusat Sains dibangunkan di negeri ini.

Katanya, pada masa ini, sebanyak dua buah Pusat Sains akan dibina di Perpustaakn Negeri Sabah (PNS) Cawangan Tawau dan Sandakan.

“Mungkin tahun 2023, PETRONAS boleh mempertimbangkan untuk  pembinaan tiga lagi Pusat Sains di PNS termasuk di Cawangan Kota Belud. 

“Pusat Sains ini akan menjadi satu platform bagi pelajar di Pantai Timur Sabah, untuk mengenal dan mendalami ilmu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM), melalui kaedah interaktif dan canggih tanpa perlu ke Petrosains Playsmart di Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.

“Melalui platform ini juga, minat terhadap STEM di kalangan anak-anak Sabah diharapkan dapat disemai dan seterusnya mendorong mereka untuk memilih kerjaya berkaitan STEM. Kita perlukan anak-anak Sabah untuk menyumbang kembali kepakaran mereka untuk kemajuan negeri yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Sains Tawau dan Sandakan di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS Datuk Seri KY Mustafa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Rosmadi Datu Sulai.

Datuk Yakub Khan

Yakub berkata, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan inisiatif seumpama ini untuk melahirkan modal insan berdaya saing yang mampu membantu menjayakan agenda pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, inisiatif ini juga dilihat dapat melengkapkan masyarakat dengan kemahiran dan pengetahuan STEM, memupuk komuniti intelektual, kreatif dan inovatif serta secara tidak langsung mengarus perdanakan ekosistem STI di negeri Sabah. 

“Saya dimaklumkan juga, Pusat Sains ini akan dilengkapi dengan program yang berkonsepkan ‘Maker Studio’ dan ‘Playsmart’ yang menyasarkan lebih 80,000 orang pengunjung setahun di setiap lokasi, yang terdiri daripada pelajar, guru dan komuniti.

“Dengan kepakaran Petrosains dalam bidang ini, Kerajaan Negeri percaya pendidikan STEM berpotensi besar untuk berkembang maju,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, sejajar dengan komitmen pembangunan modal insan melalui pendidikan, Kerajaan Negeri akan terus membantu merapatkan jurang tersebut dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak demi memastikan para pelajar celik dan cakna teknologi.

“Disebabkan itu, Kerajaan Negeri memilih Tawau dan Sandakan bagi meluaskan peluang untuk menarik minat pelajar, guru dan komuniti setempat untuk datang menyaksikan sendiri betapa menariknya bidang sains.

“Guru-guru STEM di sini juga dapat memperoleh idea sebagai alat bantu mengajar untuk menjadikan pelajaran STEM lebih efektif dengan melibatkan para pelajar secara aktif,” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya