HomeUtamaPusat Warisan Pendidikan berpotensi sebagai pusat pelancongan

Pusat Warisan Pendidikan berpotensi sebagai pusat pelancongan

Read Time:1 Minute, 14 Second

TUARAN: Pusat Warisan Pendidikan Kent di kampus lama Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kent berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat pelancongan berasaskan pendidikan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya akan berusaha untuk menyegerakan proses merealisasi pewartaan pusat terbabit sebagai ‘Warisan Negeri Sabah’ kepada kerajaan negeri.

“Status warisan yang terdapat di kampus lama IPG Kampus Kent akan memberi impak positif terhadap perkembangan Pelancongan Berasaskan Pendidikan (Edu-Tourism) serta dapat dijadikan rujukan sejarah pembangunan profesion perguruan tertua di Sabah.

“IPG Kampus Kent Tuaran sedang menyiapkan kertas kerja berkaitan agar proses dan perbincangan seterusnya dapat dilakukan oleh kerajaan dan kementerian pendidikan untuk membantu dalam merealisasikan hasrat tersebut kerana ia memang sesuai dan disokong penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Sempena Jubli Platinum IPGK Kent Tuaran Kali Ke-70 Tahun 2022, di sini kelmarin.

Joniston berkata, nilai sejarah Maktab Perguruan Kent iaitu Dewan Hone merupakan bangunan pertama yang mahu dipelihara sebagai tapak warisan.

“Jadi, nilai sejarah tersebut ada dan saya yakin sekiranya kita membuat promosi bersama dengan Maktab Kent tempat ini mampu menjadi salah satu tarikan pelancongan di daerah Tuaran,” katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan Peranti Siswa kepada 20 pelatih guru sebagai simbolik kepada 335 guru dari golongan B40 terpilih.

Hadir sama, Timbalan Pengarah IPGK Kent, Datin Dr. Rosinah Edinin, Ketua Jabatan, Jabatan Kecemerlangan Akademik IPG Kampus Kent, Harun Sarail dan Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Sains Sosial merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Jubli Platinum IPGK Kent Tuaran Kali Ke-70 Tahun 2022. –

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular