HomeUtamaPDRM sedang lengkapkan kertas siasatan buku Tommy Thomas

PDRM sedang lengkapkan kertas siasatan buku Tommy Thomas

Read Time:51 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan berkaitan buku My Story: Justice in Wilderness karya bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan diterima semula pada 25 Okt lepas dengan arahan agar beberapa tindakan lanjut diambil bagi melengkapkan siasatan. 

“PDRM sedang dalam tindakan melengkapkan siasatan sepertimana arahan dan kertas siasatan akan segera dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk nasihat dan arahan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini,  PDRM selesai merakam keterangan Thomas berhubung buku itu.

Karya Thomas diterbitkan pada Januari 2021 dan penuh dengan pelbagai kontroversi menyebabkan Kabinet pada 8 Okt tahun sama menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan kajian awalan berhubung pendedahan yang terkandung dalam buku itu.

Pada 13 Okt lepas, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu yang antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan melakukan pelbagai kesalahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular