HomeIsu tempatanJustin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika

Justin penyelidik pertama Malaysia jalankan kajian di Antartika

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pensyarah Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Justin Sentian menjadi penyelidik pertama Malaysia yang akan mengadakan kajian di Antartika pada musim sejuk bermula April 2023.

Beliau menerima One-off Overwinter Research Grant 2022 bernilai RM149,360 sempena sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), baru-baru ini.

Menurut kenyataan YPASM, Justin akan mengadakan kajian untuk terus memahami proses perubahan iklim bertajuk “Tropospheric Ozone and Halocarbons Variations in the Antarctic Peninsula Under Extreme Weather Conditions”.

“Penyelidikan itu diadakan dengan kerjasama organisasi Instituto Antartico Chileno dan negara Chile.

“Prof. Madya Dr. Justin Sentian akan menjadi rakyat Malaysia pertama berkunjung dan tinggal di Antartika semasa musim sejuk untuk tempoh lima bulan bermula April 2023.

“YPASM juga berhasrat untuk merekodkan kejayaan ini dalam “Malaysia World Book Of Record” setelah beliau pulang kelak,” jelas kenyataan itu lagi yang dimuatnaik melalui facebook rasmi YPASM.

Hantaran tersebut turut memuatnaik bersama foto penyerahan baju overwinter yang disampaikan Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YPASM, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Justin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya