Foto – Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

Jurang gender yang masih ketara dalam bidang kepimpinan, politik dan pembuatan keputusan, merupakan satu kerugian kepada negara yang perlu kita tangani secara bersepadu dan menyeluruh. Ini kerana ramai wanita khususnya di Sabah yang berkaliber dan berpotensi untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor malam ini.

Katanya sejajar dengan tema sambutan iaitu `Kesaksamaan Bersama Untuk Kelestarian’, beliau berharap ia dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama.

Sempena majlis itu, turut dilancarkan Buku Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah dan Penyampaian Anugerah Wanita Cemerlang Negeri Sabah.

Anugerah Tokoh Wanita Negeri Sabah 2022 dinobatkan kepada Datuk Seri Azizah Mohd Dun dan menerima anugerah diwakili oleh anak beliau, Siti Nurulanis Asbeh.

Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Safar Untong; serta Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah merangkap Pengerusi Induk majlis sambutan, Datuk Dr Tarsiah Taman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah merangkap Penganjur Bersama majlis, Haslina Ismail.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *